Pages

Tukar Nombor Telefon

Sticky Post
Please scrool down for a normal post

Bermula semalam, saya dah tak guna no ni:
013 - 255 0727


Ni no baru saya:
019 - 989 8341

Semua urusan (call/whatsapp/telegram)
Guna no baru ni yer.

Harap maklum & terima kasih

Ayu Rashid
019 - 989 8341

"Aduuhhh..hidung asyik tersumbat, berair...susah nak tido"

Biasa ada masalah hidung tersumbat, bersin tak berhenti dan hidung berair?
Kalau jarang-jarang kena , itu perkara biasa, mungkin selsema biasa sahaja. 

Tapi kalau berterusan macam ni,  awak mungkin ada masalah sinus...kalau ada BACA CERITA NI DULU.

Saya sebelum ni memang mengalami masalah sinus yang agak teruk, hidung berair, kalau nak tido selalu tak selesa, bernafas tak lawas.

Mula-mula kena, saya anggap macam selsema biasa sahaja, tapi lama kelamaan, setiap malam saya kena masalah macam ni, dan berlarutan sehingga ke hari esok. Bangun pagi-pagi, hidung tersumbat sampai nak lemas, hingus pun kekuningan tak habis-habis.


Saya ada pergi berjumpa doktor, nampaknya saya ni terlalu alahan dengan persekitaran, tak boleh bau habuk atau bakteria, mesti mudah nak kena.


Doktor ada berikan saya beberapa jenis ubat dan masalah saya berkurang, tapi bila balik ke rumah atau kemana-mana, mudah nak datang balik sebab terlalu alergik dengan bau dan persekitaran yang kotor.

Saya sendiri pun tahu, sampai bila nak berterusan ambil ubat doktor je, nanti bagi kesan yang tak bagus untuk jangka masa panjang, jadi saya nak elakkan berterusan makan ubat dan cari cara alternatif lain yang semulajadi.


Jadi saya tercari-cari bagaimana nak kurangkan masalah saya ni, hidung tak berhenti-henti asyik tersumbat je, sampai ada satu tahap tu, nak makan pun dah tak berapa selera sebab tak boleh nak cium bau sangat. Hidung tersumbat, bila baring rasa terganggu untuk tidur, tidur dalam aircond pun tak boleh...


Sehinggalah saya bertemu dengan satu penyelesaian semulajadi dengan menggunakan essential oil. Mula-mula memang tak percaya, tapi artikel yang saya baca dan bagaimana aroma tea tree ini membantu untuk mengurangkan simtom. Saya cuba jugak..

Alhamdulilah, nampaknya membantu, saya gunakan Ronella Tea Tree Essential Oil , saya guna bau tea tree ni untuk saya hidu dengan cara  penyedutan wap.  Pada peringkat awal saya guna dengan cara didihkan air panas dan titiskan 7 titik Ronella Tea Tree essential oil. Saya gunakan kain tuala bersih untuk menutup kepala dan mata, kemudian saya ambil wap dan sedut untuk melegakan masalah sinus saya.


Syukur, masalah sinus saya makin berkurang, masalah hidung tersumbat tu beransur pulih , saya kena pastikan suasana dirumah sentiasa berada dalam udara aroma tea tree, sekarang ni saya guna diffuser sahaja untuk mengekalkan wap udara essential oil ni..


Begitulah kisah salah seorang pesakit sinus yang mengamalkan  penggunaan wap terapuetik dari essential oil.


Jika anda mengalami nasib yang sama seperti di atas,


Saya cadangkan anda untuk mencuba Ronella Essential Oil dalam tiga pilihan ini:

  • Ronella Tea Tree Essential Oil - sejak zaman berzaman lagi, aroma tea tree telah menjadi sumber semulajadi untuk pelbagai penyakit dan turut membantu untuk pesakit sinus melegakan masalah hidung tersumbat dan berair. Anda boleh menggunakan kaedah dengan mendidihkan air panas  dan titiskan 7 titik ronella tea tree essential oil , gunakan cara penyedutan bersama dengan kain tuala ditutup di kepala, atau boleh gunakan cara yang lebih mudah dengan menggunakan ronella diffuser. Rasakan perbezaan selepas mengamalkan penyedutan, pesakit sinus boleh bernafas lebih ringan dan membantu mengurangkan simtom hidung tersumbat.

  • Ronella Lavender Essential Oil - untuk pesakit sinus, masalah ini kerap menganggu pernafasan si pesakit dan kesukaran untuk tidur dengan selesa. Aroma lavender telah banyak membantu dalam meningkatkan kelegaan kepada saluran pernafasan dan membantu untuk tidur dengan lebih lena. Titiskan 5 titik ronella lavender essential oil dalam diffuser dan biarkan wap aroma beredar pada waktu malam anda.

  • Ronella Lemongrass Essential Oil - anda juga boleh gunakan aroma lemongrass untuk melegakan sakit kepala kesan daripada masalah sinus yang berlarutan. Aroma lemongrass telah sediamaklum sebagai tumbuhan semulajadi untuk membantu melegakan sakit kepala dengan mengambil bauan lemongrass. Titiskan 5 titik ronella lemongrass essential oil dalam ronella diffuser anda dan gunakan pada waktu siang hari, biarkan bau lemongrass bertebaran ke seluruh rumah atau bilik anda. Rasakan pengalaman aroma ini untuk melegakan sakit kepala kesan daripada masalah sinus yang berlarutan.


Kalau awak masih tercari-cari penyelesaian secara semulajadi , 100% asli dan tanpa alkohol, Ronella Essential Oil ini adalah penyelesaian untuk awak. Gunakan ketiga-tiga aroma ini dalam pakej jimat family pack untuk membantu masalah sinus awak secara keseluruhan.


Produk Ronella Essential Oil ini adalah syarikat tempatan yang memperjuangkan kaedah 100% semulajadi untuk membantu penyakit sinus seperti awak.  Jadi awak tak perlu bimbang dengan bahan-bahan yang digunakan, produk ronella amat mementingkan keaslian essential oil yang dihasilkan dan untuk memastikan pesakit sinus macam awak dapat kesan yang maksimum.


Ini penting untuk pastikan masalah hidung tersumbat, hidung berair dan susah nak tido dapat diselesaikan secepat yang mungkin..

Kalau awak berminat, sila whatsapp ke no 019- 989 8341 untuk mendapatkan khidmat nasihat dari saya, saya cuba bantu selesaikan masalah sinus awak segera ya.

Semut berkeliaran setiap kali nak hidang makanan kat dapur?

UOLSS ADA MASALAH MACAM NI TAK ?

Setiap kali lepas makan, masak lauk sedap-sedap, hidang, tutup dengan saji, baru beberapa minit je , tetamu tak diundang dah start datang, semut dah mengurung dekat makanan yang baru siap di masak.


Sis pun biasa kena  sebelum nii, sis nak cerita sikit dekat uolss 

Biasa kalau time breakfast, sis bangun awal nak pergi kerja , dah siap masakkan breakfast , terpaksa tinggal dan letak bawah saji je.  Tinggal je anak makan jap lagi.. lepas masak, masuk bilik semula nak bersiap untuk pergi kerja.

Then lepas bersiap, time anak nak makan, anak mengadu, makanan dah kena gigit semut, cepat betul! baru tinggal sekejap,  hairan sungguh, dari mana la datangnya semut ni, rasanya kawasan rumah dah bersih.

Bila dah jadi macam ni, sis beli la penyembur serangga tu dan cari punca dekat mana semut dan serangga lain ni datang , tapi lain pula jadinya. Anak sis alahan dengan bau penyembur serangga tu, boleh hapuskan semut dengan cepat, tapi esok ada lagi yang baru, kena sembur lagi , kadang risau takut bahan kimia penyembur tu masuk dalam makanan.


Sehinggalah sis di tawarkan oleh kawan yang mencadangkan menggunakan essential oil untuk menghalau semut ni secara semulajadi. Masa first time beli , rasa macam mahal, tak berbaloi, tapi sis tak tahu pulak essential oil guna beberapa titis je dan boleh tahan lama.

Fungsi pun macam-macam, sis ambil gunakan beberapa titis je dan letak dalam spray yang dicampur dengan air dan sembur di kawasan semut banyak berkeliaran.


Ajaib sungguh! semut dah tak lalu kawasan berkeliaran tu dan selepas beberapa hari guna cara ini,  semut hampir tiada di rumah, ini kerana semut sangat takut dengan bau pepermint essential oil tersebut. 

Wow lega betul rasa, semut dah jarang ada kat rumah, bukan sahaja semut dah takde, anak sis pun tak alahan dengan bau pepermint ni sebab ianya bau semulajadi , sis pun tak risau lagi jika ianya terkesan pada  makanan. Sebab tak terkesan langsung.



Begitulah kisah sis  ni.

Nak saya tawarkan pada sis tentang  penyelesaian terbaru untuk masalah semut di rumah ini?

Ianya adalah menggunakan Ronella Essential Oil, bahan semulajadi yang mempunyai pelbagai fungsi ini membantu anda untuk menghalau serangga seperti semut ,lipas dan serangga lain dengan menggunakan cara semburan air yang dicampur dengan essential oil.

Hanya titikkan sahaja 5 titis Ronella Pepermint essential oil  ke dalam spray yang dicampur dengan air dan  sembur di kawasan yang sering dilalui semut.

Anda juga boleh gunakan kaedah kedua dengan cara titikkan dua titis Ronella Pepermint Essential Oil ini pada kapas dan sapu di kawasan yang sering dilalui oleh semut. 


    Inilah 3 pilihan terbaik yang disediakan dalam treatment pack..

  • Ronella Pepermint Essential Oil- Semut tidak suka pada bau yang kuat, ianya menjejaskan laluan bau dan menganggu komunikasi mereka. Bau pepermint oil ini secara semulajadinya akan menghindarkan semut dari melalui kawasan yang diletakkan bau pepermint. Anda boleh titiskan dua titik pada kapas dan  lap pada pada permukaan laluan semut, cuba gunakan beberapa kali dalam masa beberapa hari. Semua akan hilang secara semulajadi tanpa perlu anda membunuhnya.

  • Ronella Eucalyptus Essential Oil- Bahan kayu putih dari eucalyptus ini mempunyai manfaat yang hebat sebagai antiseptik. Ia membantu untuk menyediakan bau rumah yang lebih segar. Selepas semut dihalau dengan cara semulajadi tanpa risau dengan bau kimia, lengkapkan lagi dengan bau eucalyptus yang di diffuse kan dengan Ronella Diffuser. Pasti terhindar dari kuman dan bakteria dalam rumah.

  • Ronella Lemon Essential Oil- Jika anak anda terkesan dengan gigitan serangga di rumah, gunakan lemon essential oil ini untuk  disapukan pada kulit anak anda, gunakan carrier oil yang dicampur dengan 4 hingga 5 titis Ronella Lemon Essential Oil, lihat sendiri bagaimana ia membantu menghilangkan kesan gigitan. Selain itu, bau lemon ini juga membantu untuk menghalau serangga seperti semut. Diffuse kan sahaja dengan diffuser anda.

Ronella Essential Oil terbukti sebagai pengeluar essential oil semulajadi dari Australia  dengan pengesahan USDA (Organic Certification By US Goverment). Ronella adalah pengeluar dari tempatan yang menghasilkan essential oil yang dijamin 100% asli, tanpa bahan kimia dan tanpa alkohol.


Kami memperjuangkan kaedah semulajadi untuk membantu anda menghilangkan masalah serangga tanpa membunuhnya, pasti lebih selamat, memelihara kesejahteraan dan terhindar dari penganiayaan.



Jika sis berminat untuk mendapatkan Ronella Essential Oil dalam pakej treatment pack ini, sila whatsapp ke 019 - 989 8341

Cara pelik bantu atasi masalah kulit sensitif?

Kenapa cara pelik ini diakui oleh pakar aromaterapi boleh bantu uolls yang ada masalah kulit sensitif ?


Perkara paling berbahaya untuk uolss yang ada masalah kulit sensitif ialah jangan sekali-kali pergi cuba pakai produk pemutih dan set mekap yang macam-macam.

Sebab ini ada satu cerita yang saya nak share kat uolss..


Aku shery (bukan nama sebenar)  memang dah lama kena masalah muka teruk ni  ,muka aku sangat berminyak dan sangat-sangat sensitif, biasanya orang yang masalah macam aku ni ada masalah gangguan hormon.

Masa tahun 2013 ,muka aku memang dah start ada jerawat tapi tak teruk sangat, tapi macam tulah keadaannya, sekejap tumbuh satu, pastu hilang satu, tumbuh pulak yang baru, tak tahulah apa masalah kat kulit muka aku ni.


Pengalaman paling teruk aku masa tahun 2015 ,semuanya gara-garap makeup, aku bukan pandai sangat make up, ada satu program tu, aku suruh mak andam tolong make up, bila tengok muka lepas make up, wahh bukan main puas hati , siap pakai bulu mata palsu bagai, orang bukan main puji cantik ewah- ewah , excited upload kat fb. Satu hari tu jelas rasa best.

Tapi keesokan harinya...malang nasib aku..

Muka aku tiba-tiba tumbuh jerawat besar, aduuh sakit, siap naik nanah dekat muka, pipi kiri kanan aku subur bukan main tumbuh jerawat, drastik gile uolls naik..dah macam jerawat batu.


Aku down gile wehh , nak jumpa orang memang tak konfiden langsung, bila balik kampung, mak cik tegur kena demam campak ke..



Jadi bagi korang yang ada masalah kulit sensitif ini , make sure jangan amalkan pemakaian produk whitening, scrub muka, picit jerawat dan sentuh muka jerawat.

Begitulah kisah shery...

Oklah, jadi jika uolss ada masalah macam shery ni, boleh menggunakan kaedah aromaterapi dengan menggunakan essential oil, ianya adalah cara yang telah lama di amalkan sejak ribuan tahun dan ditinggalkan, tetapi ianya kembali menjadi pilihan pengguna kerana semakin banyak produk kosmetik yang mempunyai bahan kimia, dan memberikan kesan buruk kepada pesakit kulit sensitif.


Apa kata pakar aromatetapi tentang cara pelik ini ? 

Kajian penyelidikan terhadap essential oil menunjukkan kesan positif untuk pelbagai masalah kesihatan termasuk jangkitan, kesakitan, kebimbangan, kemurungan dan lain-lain lagi.


Mari saya kongsikan pada uolss apakah  manfaat kaedah  aromaterapi dengan Ronella Essential Oil?

  • Ronella Tea Tree Essential Oil- Ramai yang menganggap aroma tea tree adalah essential oil pilihan nombor satu untuk merawat kulit sensitif. Ia berfungsi melawan bakteria  yang menyebabkan jerawat dan whiteheads.  Ia juga membantu masalah keradangan dan kemerahan dimuka. 

  • Ronella Lavender Essential Oil- Jika anda suka kepada rasa tenang, dan beri kesan pada tubuh dan minda, anda boleh gunakan aroma lavender ini, ia mengandungi ciri-ciri antibakteria  dan cukup lembut untuk digunakan pada kulit apabila dicairkan. Ia juga memberi manfaat kepada pertumbuhan sel kulit dan membantu pesakit kulit sensitif.

  • Ronella Lemongrass Essential Oil- sangat sesuai untuk masalah kulit berminyak, mempunyai fungsi antibakteria dan ciri-ciri antimikrob  dan mempunyai kesan yang bagus untuk membantu hilangkan jerawat. Lemongrass juga sesuai untuk tujuan mandi wap dan sauna.


Bagaimana cara nak gunakan ronella essential oil ini ?

Cairkan essential oil dengan carrier oil , guna 10 hingga 12 titis  essential oil yang dipilih dengan 30ml carrier oil,  campuran anda seeloknya kurang dari 5% essential oil.

Campurkan carrier oil dan essential oil pilihan dalam botol , goncang perlahan-lahan untuk adunkan kedua-dua minyak, sapukan 2 hingga 3 titis setiap malam pada kulit , uolss juga boleh gunakan aroma essential yang lain dengan menggunakan diffuser untuk mewujudkan udara segar dan haruman essential oil pilihan.


Langkah berjaga-jaga untuk wanita mengandung dan kanak-kanak, dapatkan nasihat doktor untuk memastikan keselamatan penggunaan.


Jika uols berminat, sila whatsapp ke 019 - 989 8341 untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma, saya sangat mementingkan kesesuaian dan ingin mengetahui masalah sebenar uolls dalam menghadapi kulit sensitif ini.

Nak hilangkan jerawat tanpa risau dengan bahan kimia?

Sekarang ni, produk untuk hilangkan jerawat makin berlambak di pasaran, banyak juga yang berkesan dalam jangka masa yang pantas. Tapi sejak akhir-akhir ni, banyak produk telah dilaporkan menggunakan bahan kimia terlarang yang menyebabkan kesan bahaya si pemakainya.


Kes produk untuk jerawat yang beracun semakin menjadi-jadi menyebabkan muka pesakit semakin teruk sehingga menjejaskan kulit muka secara kesuluruhannya.


Mak aiiih!...

Kecoh baru baru ni seorang pengguna produk hilangkan jerawat menerima nasib malang,... begini kisahnya..


Lin (bukan nama sebenar) ada menggunakan produk untuk hilang jerawat yang dibeli di kedai , muka lin ni kira jerawat sikit-sikit je, lin pun beli la produk hilangkan jerawat tu, jenama agak dikenali jugak.

Pada peringkat awal guna ,muka lin cepat dapat kesan, memang kulit rasa bertambah licin cerah dan jerawat mudah hilang, pergh happy gila lin bila orang puji muka makin licin, xde dah macam dulu..

Sehinggalah selepas beberapa bulan...


Lin konsisten pakai produk tu, bila lepas beberapa bulan, tiba-tiba muka lin jadi makin sensitif, muka nampak cerah , licin tapi bila kena matahari, mudah naik merah-merah, kulit muka pun rasa makin nipis, Lin mula risau dengan perubahan pada kulit mukanya , dan Lin buat keputusan untuk stop guna produk tu.


Malang tak berbau....


Selepas Lin stop guna produk tu, jerawat tiba-tiba tumbuh dengan banyak, muka semakin banyak naik jerawat malah lebih teruk dari dulu. 


Selepas dilihat semula, rupanya banyak produk untuk hilangkan jerawat ni guna merkuri, sejenia bahan kimia yang menghakis kulit, kulit boleh licin dan putih tapi kuli makin nipis...


Begitulah kisah Lin ni....


Namun ini pula adalah cara semulajadi yang anda boleh cuba dan elakkan dari menerima nasib yang sama macam lin


Penyelesaian terbaru yang selamat dari bahan kimia, 100% semulajadi dan tanpa alkohol..


Tak perlu risau lagi dengan kesan bahan kimia, ini adalah kaedah semulajadi tanpa memberi kesan kepada keradangan pada muka anda yang terkesan dengan jerawat yang menjadi-jadi..


Ini adalah perkongsian dari salah seorang pengguna yang mengamalkan essential oil sebagai cara untuk mengurangkan masalah jerawat.

Miss carolyn berkongsi bagaimana kaedah ini membantu...

"Saya telah mendapat kesan yang hebat dengan menggunakan kaedah penjagaan kulit seperti ini, saya gunakan setitik tea tree essential oil dalam semangkuk air panas, jangan terlalu panas sangat, gunakan kain bersih seperti tuala, gunakan kain bersih yang baru setiap kali ingin melakukan proses ini,


Rendam kain dalam air yang telah dititiskan dengan essential oil dan letakkan pada muka, pastikan mata tertutup. Tekan pada muka sehingga hilang rasa hangat pada muka, ulang sehingga 10 kali, dan lakukannya pada waktu pagi dan petang.



Kaedah ini membantu menyediakan lapisan sebagai pelembap semulajadi yang menyelesakan dan ia juga membantu saya untuk penyembuhan kulit kesan dari pengambilan bahan kimia pada muka. Penggunaan cara ini juga sangat menenangkan dan ianya terhindar dari sentuhan pada kawasan radang yang terkena pada muka kita yang boleh memburukkan lagi keadaan. Harap perkongsian saya membantu ya, jangan lupa kongsikan pengalaman anda selepas menggunakan essential oil nanti. "


Ikhlas dari Carolyn...




Haa begitula perkongsian ringkas dari Miss Carolyn, ia adalah pengalaman sebenar bagaimana essential oil ini membantu untuk mengurangkan masalah jerawat.


Nak saya bantu dengan menggunakan kaedah penggunaan essential oil untuk membantu masalah jerawat anda?

Ini adalah pakej terbaik dari Ronella Essential Oil untuk membantu masalah jerawat anda, mari saya kongsikan satu-persatu..

  • Ronella Tea Tree Essential Oil-  aroma tea tree boleh digunakan sebagai kaedah mengambil wap esential oil yang disertakan dengan semangkuk air panas. Ronella Tea Tree Essential Oil ini mempunyai bahan antikulat dan antimikrob yang telah dibuktikan sebagai penyelesaian ramai untuk masalah jerawat.  Penggunaan aroma tea tree ini sudah dilakukan sejak zaman-berzaman lagi untuk membantu mengurangkan masalah kulit sensitif dan anda boleh cuba untuk mengurangkan kesan yang semakin buruk pada jerawat muka anda. Bahan tea tree yang 100% semulajadi ini memberikan kesan yang menyelesakan pada kawasan sakit pada muka. 

  • Ronella Lavender Essential Oil- Aroma lavender mempunyai  manfaat yang mendalam untuk kulit anda,  ia membantu melegakan dan menyuburkan kulit akibat jerawat, selain itu, lavender ini mempunyai antioksida yang menyelesaikan masalah kulit kering ,mengurangkan tompok gelap dan parut akibat jerawat. Selepas anda gunakan tea tree menggunakan kaedah pengewapan dengan mangkuk air panas. Gunakan pula aroma lavender dengan titiskan sebanyak 5 titik dalam ronella diffuser. Pasti lebih relaks dan tenang akibat stress dengan masalah jerawat.

  • Ronella Lemongrass Essential Oil- aroma lemongrass sangat terkenal sebagai aroma untuk membantu masalah jerawat, aroma ini juga anda boleh gunakan bersama jojoba oil sebagai carrier oil anda. Boleh sapukan pada kawasan yang terkesan dengan jerawat. 

Bagaimana untuk anda membezakan ianya benar-benar semulajadi atau sekadar claim sahaja?

Ronella Essential Oil dihasilkan oleh syarikat tempatan untuk memperjuangkan proses pembuatan yang 100% semulajadi , tanpa bahan kimia dan alkohol, untuk memastikan ianya semulajadi, anda perlu melihat berapa peratuskan kandungan essential oil bagi setiap aroma. Pastikan setiap aroma adalah essential oil yang asli dan bukannya aroma blend. 

Ini bagi memastikan ianya memberikan kesan yang maksima untuk masalah jerawat anda...

Suka dengan perkongsian ini? Dapatkan segera dari saya pakej family pack ini di talian 019 - 989 8341.